|
Ever Mine. Ever Ours. Zali & Hawra.. They're the air that I breathe.. :: Lin :: *HUGS* TOTAL! give Hawra more *HUGS*
|
.: Thursday, October 25, 2007 :. :: First things first, Happy 20th Month to my darling Hawra. Wouldn't want to bore you all with her milestones this time, cos trust me, this is gonna be one helluva long entry with tons of pichas. *i see some of u yawning already* :p I will write today's entry in Bahasa Melayu pasar. To those Malays who claim they don't know Bahasa Melayu, screw them :p Setelah sekian lama, akhirnya dapat jugak update blog yang dah lama bersawang ni. Tugas sebagai surirumah, memang betul2 menguji kesabaran. Semalam, tiba2 je badan Hawra panas. Demamnya membawak sampai ke pagi tadi. Tidur pun merengeeeeek aje. Kesian betul. Nasib baiklah pagi tadi, demamnya dah kebah. (ha ha ha pandai2la korang yang tak faham perkataan2 yang aku guna ni cari dalam kamus yer! kwakwakwa) Anak Demam = anak merengek = anak tak lena tido malam. Jadi, anak demam = ibu bapa yang tak cukup tido. Oklah, tanpa membuang masa, kupersembahkan gambar-gambar yang sempat ku'tangkap' (lol). Sampai je Singapore, malam tu tanpa membuang masa, kitorang ke Geylang dengan Kak Tika & Abg Olan. Crowded, tapi best!! Teringat masa zaman kecik2 dulu, Abah & Mak suka bawak pergi Geylang. Memang seronok sangat. Nak beli tu, dapat..nak beli ni, dapat...maklumlah, jalan dengan boss & mem! Hehe :D Ini yang membuatkan aku terfikir sendiri. Mungkin generasi sekarang ni lebih suka habiskan masa merayap dengan kawan2 sebab mak bapak sendiri jenis yang amalkan sikap 'don't-like-crowds-so-better-avoid' sejak diorang kecik lagi. Yelah, dah mak bapak tak suka tempat yang sesak camtu, kan..sape lagi nak temankan kalau bukan kawan2. Dan bila masing2 dah jadi mak bapak budak, kita pulak 'turunkan' sikap macam tu dekat keturunan kita. So, siapa yang harus dipersalahkan? Sendiri mau ingat la.. Ok, so I digress kejap.. Hawra & Zali, tengah enjoy di bawah sinaran lampu lap-lip kat Geylang. Tak dinafikan, kitorang takjub dengan Hawra yang nampak cool je tengah2 Geylang yang panas malam tu. Dalam tempoh seminggu tu, dapat la aku buat 5 jenis kuih dengan kakanda2ku. Seronok sangat, sebab dah lama tak buat kuih sama2 macam tu. Gambar kuih...err, takde. Tak ingat pulak nak amek gambar. Boleh gitu? :p Di pagi Hari Raya. Bersama keluarga di Singapura. Malam hari raya, hati aku diusik rasa sayu. Teringat bagaimana almarhum Abah bertakbir di malam raya, atas sejadah hijau favoritenya. Dah 3+ tahun Abah pergi meninggalkan kami. Dalam hati aku terdetik, kalaulah Abah masih ada, dah tentu atas ribanya penuh dengan cucu yang berebut nak duduk atas riba, termasuklah Hawra. Aku rasa terkilan + sedih sikit, sebab Hawra tak berkesempatan untuk jumpa Abah, tak macam cucu2 Abah yang sebelumnya. Sempat merasa bermanja dengan Abah. Hawra cucu pertama dalam keluarga yang lahir selepas Abah meninggal dunia. Abah, kami rindu padamu. Semoga Allah tempatkan Abah di kalangan hambaNya yang soleh, amin! *alfatihah* .... ..... ....... Hari raya pertama, sehari suntuk ikut Kak Tika beraya. Aku & Zali tak kira la diajak beraya ke mana pun, yang penting Hawra dapat duit collection..he he he :) Bolehlah..balik modal. Lepas duit tol & duit minyak keter! kwakwakwa..joking! Mana boleh pau duit anak weh! Tak baik woo... Malam tu jugak Zali bawak balik JB, sebab pagi raya kedua tu, nak convoy dengan ipar2ku. Kluang, Melaka, Muar..semuanya jauh2. Sampai Mutiara Rini pukul 4 pagi. Tak pernah dibuat dek orang. Rindu nak tengok Hawra? Nah! Hawra ni memang pantang tengok kucing. Habis dia nak ramas. Nak cium. Look into my eyes...When I count to 10..you will no longer be a kitty..You..will...be...a..monkey! Bapak, rempit. Anak? drift kot...ahaks! Hawra & Ad. Ad, Hawra, Me & Afreen. Afreen with her bro - Wafi, and kuzzin Hilmi. With Nur Aina Khalisha, Zali's kuzzin, Faizal's newborn baby girl. Born a day before raya. Nasib baik tak taruk nama, Siti Aidilfitri or something..hahaha Beraya rumah Wan Rodiah, sampai atas katil! So, where are we heading next? I text them first ok, Daddy? So they can get my duit collection ready. Oklah, cukup2lah untuk ari ni. Seronok jugak eh tulis entry dalam Bahasa Melayu. Lain kali bolehla buat lagi. Bukan apa...kita ni orang Melayu. Dah dalam IC tu, nama Melayu, bangsa keturunan pun Melayu, janganlah dok claim tak tahu sepatah haram Bahasa Melayu. Bangga sangat boleh berbahasa Inggeris, sampaikan ngaku konon tak reti cakap Melayu. Piirah! Sambal belacan ko reti makan pulak eh? Meluat tau tak?! puik.. Memang betullah..Melayu mudah lupa! tsk. Selamat Hari Raya untuk semua pembaca! with a miau-miau face like this, how much duit raya can I get? rm5? rm10? oo..rm50? hihihihih *cheeky laugh* love as always by zaLin @ 9:53 PM
|